DS KSU Lakukan Lawatan Ke Kolej Kediaman Politeknik Kota Kinabalu

DS KSU Lakukan Lawatan Ke Kolej Kediaman Politeknik Kota Kinabalu

YBhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT berkesempatan melawat Kolej Kediaman Politeknik Kota Kinabalu sempena lawatan kerjanya ke sini hari ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat mengenai pengoperasian kolej kediaman oleh YBrs Encik Dullah Muluk, Pengarah PKK, dan sempat juga mengadakan tinjauan terhadap fasiliti dan kemudahan di Kamsis Blok K Merawan di kolej kediaman tersebut.

Kolej Kediaman PKK mempunyai kapasiti untuk menempatkan seramai 2,520 penghuni dan mempunyai 15 blok penginapan yang terbahagi kepada 8 blok asrama perempuan dan 7 blok asrama lelaki.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2771
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 09 November 2024, 12:54:17.

logo-sirim