Delegasi KPT dan Asian International Mobility for Students (AIMS) Malaysia dengan kerjasama Bahagian Education Malaysia, JPT mengadakan sesi lawatan akademik ke Abu Dhabi University

Sebentar tadi YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar telah mengetuai delegasi KPT dan Asian International Mobility for Students (AIMS) Malaysia dengan kerjasama Bahagian Education Malaysia, JPT bagi sesi lawatan akademik ke Abu Dhabi University bersempena dengan Minggu Pendidikan Ekspo 2020 Dubai.

Delegasi AIMS Malaysia yang terdiri daripada 10 wakil universiti awam hari ini turut berkesempatan untuk mengadakan lawatan di University of Sharjah pada sesi pagi.

Lawatan ini juga diharapkan dapat membina hubungan dan kolaborasi yang kukuh pada masa hadapan terutama sekali dalam agenda pertukaran pelajar, mobiliti staf, penyelidikan, dan program lain yang berpotensi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4542
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.