Arab Saudi Bincang Tingkat Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi Dengan Malaysia

Arab Saudi Bincang Tingkat Kerjasama Strategik Pendidikan Tinggi Dengan Malaysia

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat dari TYT Mahmoud Hussein S. Qattan, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia di pejabatnya pagi tadi.

Kunjungan tersebut adalah untuk memaklumkan mengenai tawaran 300 kuota Biasiswa Kerajaan Arab Saudi kepada pelajar Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di sana.

Selain itu, pertemuan tersebut turut membincangkan berkenaan visa pelajar dan potensi kerjasama strategik MoU di antara Malaysia-Arab Saudi dalam bidang pendidikan tinggi.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, KPPT, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, CEO MQA, YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, dan Puan Mazlina Mokhtar, Setiausaha, Bahagian Biasiswa KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5124
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.