Amerika Syarikat & Malaysia Sedia Bekerjasama dalam Inisiatif Penyelidikan Global Mengenai Mobiliti Pelajar

Amerika Syarikat & Malaysia Sedia Bekerjasama dalam Inisiatif Penyelidikan Global Mengenai Mobiliti Pelajar

Delegasi KPT yang diketuai oleh YBhg Dato’ Dr. Hj. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) telah mengadakan lawatan kerja ke ibu pejabat The Institute of International Education (IIE) di sini bagi meningkatkan kerjasama khususnya dalam bidang pendidikan tinggi.

Kunjungan beliau disambut Dr. Allan E. Goodman, Ketua Pegawai Eksekutif IIE yang memberi penerangan mengenai peranan IIE dalam merancang strategi dan melaksanakan program pendidikan antarabangsa.

Pertemuan tersebut membincangkan mengenai kepentingan menyediakan analisis data pelajar-pelajar bagi memahami keperluan, permintaan serta pandangan antarabangsa terhadap Malaysia terutamanya dalam menawarkan pendidikan yang berkualiti tinggi.

Perbincangan turut menyentuh mengenai strategi kerjasama antara Malaysia dan IIE dalam merangka inisiatif penyelidikan global yang menyediakan data mobiliti pelajar, menjalankan kajian tentang migrasi akademik dan pengantarabangsaan pendidikan tinggi.

Turut hadir, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran CEO MQA, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Amin bin Md. Taff, Naib Canselor UPSI, Ms.Sarah Ilchman, Co- Presiden IIE, serta Mr. Curtis Johnson, Pengarah Eksekutif Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4645
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.