68 Penerima Dermasiswa B40 TVET Di Politeknik Kota Bharu

68 Penerima Dermasiswa B40 TVET Di Politeknik Kota Bharu

Sebentar tadi YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT telah mengadakan perjumpaan bersama 68 pelajar Politeknik Kota Bharu yang menjadi penerima Dermasiswa B40 TVET.

Biasiswa ini merupakan pembiayaan penuh kepada pelajar dari kumpulan berpendapatan rendah B40 untuk mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

YBhg. Dato' Dr. TKSU (D) berkata program ini bertujuan mewujudkan ekosistem pengajian yang kondusif kepada pelajar di mana berupaya menyempurnakan pengajian tanpa perlu memikirkan bebanan kewangan untuk menampung yuran pengajian dan kos sara hidup.

Beliau jua mengambil kesempatan untuk menyerahkan surat tawaran biasiswa dan beramah mesra serta berkongsi aspirasi bersama 68 penerima biasiswa ini.

Turut hadir Tuan Haji Rosli Idris, Pengarah PKB, pengarah-pengarah kanan KPT dan JPPKK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2083
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.