6,000 Atlet IPT Berkampung Di UUM Berentap Di Kejohanan Sukipt Ke-6

6,000 Atlet IPT Berkampung Di UUM Berentap Di Kejohanan Sukipt Ke-6

Petang tadi telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Perkampungan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi ke-6 (SUKIPT ke-6) yang telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

UUM telah terpilih selaku tuan rumah penganjuran SUKIPT ke-6 yang bermula hari ini sehingga 14 September depan.

Edisi kali ini disertai kira-kira 6,000 orang atlet IPT dari 74 kontinjen seluruh negara yang bakal berentap dalam 28 acara sukan yang dipertandingkan.

Hadir sama Naib Canselor UUM, Dato' Prof. Dr. Mohd Fo'ad Sakdan; Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Fazidah Mustafa; serta Timbalan Setiausaha Bahagian, (Seksyen Sukan) KPT, Dr. Hanafiah Ayub.

Sementara itu, majlis perasmian SUKIPT ke-6 akan diadakan esok dan bakal disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1213
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Ahad 16 Februari 2025, 13:00:25.

logo-sirim