2022 Australia-Malaysia Virtual PhD Internship Mini Symposium

2022 Australia-Malaysia Virtual PhD Internship Mini Symposium

Program Australia-Malaysia Virtual PhD Internship Mini Symposium yang diadakan pada 6 Oktober 2022 (Khamis) di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Noorazah Omar (Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa) bagi mewakili YBhg. Dato' Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi (KSU KPT) untuk menyampaikan ucapan pembukaan pada program tersebut.

Program Australia-Malaysia PhD Virtual Internship Program merupakan inisiatif oleh Department of Education, Australia dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghantar 10 orang calon program PhD dalam bidang sains sosial, kemanusiaan atau pendidikan daripada universiti awam di Malaysia bagi menjalani latihan industri secara atas talian selama lapan (8) minggu bersama penyelia daripada institusi pendidikan tinggi di Australia.

Dalam ucapan tersebut, beliau amat berbesar hati dan merakamkan jutaan terima kasih kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia, di Kuala Lumpur khususnya Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Cik Hannah Birdsey, penceramah-penceramah jemputan, wakil-wakil Kedutaan Besar Australia di Kuala Lumpur serta wakil daripada universiti awam yang bersama dalam menerusi platform zoom pada hari ini.

Program perantis praktikal pelajar PhD. secara maya ini adalah julung kalinya di Asia Tenggara yang dipelopori oleh Australia-Malaysia. Seramai 10 perantis Malaysia telah terpilih bagi mewakili Malaysia sejak Julai 2022 meliputi pelbagai bidang seperti sains sosial, kemanusiaan dan pendidikan.

Kerajaan Malaysia menerusi KPT adalah komited dalam menjadikan Malaysia terkenal sebagai Hab Pengajian Tinggi Antarabangsa. Kini, seramai 131,000 pelajar antarabangsa telah berdaftar di Malaysia. KPT turut menyasarkan seramai 250,000 pelajar asing akan berdaftar dan menuntut di Malaysia menjelang 2025.

Justeru itu, KPT akan sentiasa mempergiatkan inisiatif kerjasama seperti program mobiliti pelajar dengan pelancaran Program EduTourism yang menggabungkan sektor pendidikan dan pelancongan.

Adalah menjadi harapan KPT untuk berada dalam lima (5) destinasi teratas untuk program Mobiliti Rancangan Colombo Baharu (NCP) untuk pelajar-pelajar Australia. Diharap usaha dan kerjasama strategik Malaysia-Australia seperti program dalam bidang pendidikan tinggi seperti ini akan menjadi aspirasi Malaysia untuk menjadi hab pendidikan tinggi antarabangsa yang terkenal di rantau ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5856
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim