KPT Prihatin : Ziarah Keluarga Allahyarhamah Nurul Natasha Ezreen Azemi

KPT Prihatin semalam telah berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah Nurul Natasha Ezreen Azemi, di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau merupakan seorang pelajar jurusan Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, UiTM Merbok yang meninggal dunia baru-baru ini.

Dalam sesi ziarah ini, YBhg. Datin Maizatul Akmam, Setiausaha Politik mewakili YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyerahkan Skim Manfaat Perlindungan Takaful PTPTN beserta Kotak Rezeki sumbangan Education Malaysia Global Services (EMGS) kepada keluarga Allahyarhamah.

Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dr. Mohamad Abdullah Hemdi ,Rektor UiTM Kedah, YBrs. Dr. Wan Irham Ishak, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, UiTM Kedah dan YBrs. En Fauzi Azli Salleh, Pengarah Besar PTPTN Kedah.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6350
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.