Lawatan YBTM ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT di UiTM Shah Alam

YB Dato’ Mansor Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah melawat pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT di UiTM Shah Alam hari ini.

PPV UiTM Shah Alam mula beroperasi pada 21 Jun 2021, dan sebagai kampus utama UiTM, ia merupakan PPV kedua bagi UiTM selepas kampus cawangan UiTM Puncak Alam, juga di Selangor yang mula beroperasi pada 7 Jun 2021.

Bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor, PPV UiTM Shah Alam boleh memuatkan seramai 1,500 penerima vaksin pada satu-satu masa, selain fasiliti dengan kapasiti ruangan parkir 800 buah kenderaan, kemudahan bagi OKU dan warga emas.

Setiba di lokasi, Timbalan Menteri diberikan taklimat oleh Profesor Ts Dr Roziah Mohd Janor, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UiTM yang menjalankan tugas Naib Canselor UiTM dan kemudiannya dibawa meninjau pengoperasian PPV. Beliau juga bertemu dengan beberapa orang penerima vaksin. Sehingga semalam, seramai 6,388 orang telah menerima vaksin dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di PPV UiTM Shah Alam.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7190
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.