Menteri Pengajian Tinggi meninjau proses pergerakan pulang pelajar IPT sempena Aidilfitri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi meninjau proses pergerakan pulang pelajar IPT sempena Aidilfitri di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam ini.

Kira-kira 7500 orang pelajar UKM bagi ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Induk Bangi, Kuala Lumpur dan Cheras akan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri secara berfasa bermula malam ini sehingga 9 Mei 2021.

Sebanyak 19 buah bas digunakan bagi menghantar 713 orang pelajar malam ini. Daripada jumlah tersebut, 5 buah bas ke Johor, 3 buah bas ke Pahang, 4 buah bas ke Terengganu, masing-masing 3 buah bas ke Kelantan dan Kedah dan sebuah bas ke Perlis.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor, UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6304
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 17 Mei 2024, 15:30:11.