Kunjungan Hormat daripada H.E. Nikoloz Apkhazava, Duta Besar Georgia ke Malaysia

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Nikoloz Apkhazava, Duta Besar Georgia ke Malaysia di KPT, hari ini.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai draf perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Georgia berhubung kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi yang sedang di dalam proses rundingan oleh kedua-dua buah negara. Kedua-dua pihak berharap perjanjian kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi dapat dimeterai dalam tempoh terdekat.

Turut hadir YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK),

YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan

YBrs. Encik Redhauddin Kamaruzaman, Pengarah Bahagian Education Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6130
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.