Persembahan Watikah Pengisytiharan Canselor KUIPs

DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan menerima persembahan Watikah Pengisytiharan Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bagi tempoh lima (5) tahun selaras dengan pematuhan peruntukan Seksyen 26 Perlembagaan Kolej Universiti Islam Perlis (2019).

Persembahan Watikah Pengisytiharan Canselor KUIPs ini disampaikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan disaksikan oleh YB Dato’ Mansor Hj. Othman, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Majlis ini menjadi detik sejarah buat seluruh warga KUIPs dan dapat menjulang nama KUIPs sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Islam yang terkemuka di rantau ini. Kedudukan Perlis yang berada di dalam Segitiga Emas Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT) akan membuka peluang yang luas kepada bakal pelajar dari dalam dan luar negara.

Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Prof. Dato’ Kaya Bakti Dr. Mohd Radzi Haji Othman, Rektor KUIPs serta Lembaga Pengarah KUIPs.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8470
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 11:44:53.