Majlis Penyerahan Surat Penempatan Perantisan Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0 (GE i4.0) KPT-MTDC 2020/2021

Seramai 200 orang graduan daripada 17 buah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) termasuk 8 buah Polikteknik telah menerima surat penempatan perantisan bagi Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0 (GE i4.0) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Penempatan Perantisan Program Kebolehpasaran Graduan Industri 4.0 KPT-MTDC 2020/2021 di Hotel Tenera, Bangi, hari ini.

Objektif utama Program GE i4.0 bagi tahun 2020 – 2021 ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang persekitaran pekerjaan di syarikat yang berteraskan Industri 4.0 melalui modul latihan secara hibrid merangkumi soft skills dan hard skills. Para graduan ini akan ditempatkan di syarikat-syarikat di bawah ekosistem MTDC secara perantisan untuk tempoh tiga (3) bulan. Mereka juga berpeluang diserap sebagai pekerja tetap sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Dato’ Norhalim Yunus, Ketua Eksekutif MTDC.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6135
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.