Kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi perbentangan status penarafan semula risiko agensi oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), SPRM

Hari ini, Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh TKPj Dato Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, SPRM.

Kunjungan hormat merupakan sesi libat urus bagi perbentangan status penarafan semula risiko agensi oleh Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA), SPRM.

Turut hadir Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha(Dasar), KPT dan Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5790
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 21 Februari 2024, 15:56:07.