11 Orang Pelajar Malaysia Di Sudan Selamat Tiba Di Tanah Air

11 Orang Pelajar Malaysia Di Sudan Selamat Tiba Di Tanah Air

Kesemua rakyat Malaysia, termasuk 11 orang pelajar yang terjejas dalam pergolakan di Sudan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

YB Dato' Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkesempatan bertemu serta menyalurkan sumbangan melalui Kumpulan Wang Amanah Kebajikan dan Kemudahan Bagi Penuntut di Luar Negeri kepada para pelajar Malaysia yang terkesan akibat krisis di Sudan.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Luar Negeri yang mengetuai Pelan Evakuasi rakyat Malaysia di Sudan dalam misi membawa pulang 30 rakyat Malaysia dengan selamat.

Pihak KPT melalui Pejabat Education Malaysia Mesir sentiasa memantau perkembangan terkini konflik ini bagi memastikan keselamatan para pelajar terjaga.

Dalam masa yang sama, pihak KPT juga akan mengadakan perbincangan lanjut mengenai perancangan pengajian pelajar yang terjejas dalam masa yang terdekat.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1524
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.