FAQs dan Pegawai Perhubungan - Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR

1. Apakah itu Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR?
Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR merupakan program skim mikro-kredit yang ditawarkan kepada usahawan pelajar daripada Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti yang berhasrat untuk menjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka semasa dalam pengajian.
2. Berapakah JUMLAH PERUNTUKAN yang disediakan bagi pelaksanaan Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR?
Sebanyak RM20 juta dana telah diperuntukkan secara keseluruhannya kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bagi menampung pembiayaan mikro- kredit ini yang disedia dan dikawal selia oleh pihak TEKUN Nasional.
3. Apakah SYARAT KELAYAKAN untuk memohon Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR?
Syarat-syarat permohonan pembiayaan Program KPT-MEDAC Siswapreneur adalah seperti berikut:
  1. Pengenalpastian pemohon akan dilakukan oleh pihak IPT;
  2. Pembiayaan terbuka kepada pelajar IPT dari peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan kedoktoran sepenuh masa;
  3. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan Bumiputera;
  4. Had umur peminjam ialah 18 tahun sehingga 60 tahun sahaja;
  5. Pembiayaan terbuka kepada pelajar yang menjalankan perniagaan sama ada berpremis atau tidak berpremis dan sah disisi undang-undang serta patuh syariah;
  6. Pelajar haruslah menjalankan perniagaan terlebih dahulu sekurang- kurangnya (3) bulan sebelum memohon pembiayaan yang disediakan;
  7. Pelajar mesti mempunyai syarikat/perniagaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau berdaftar dengan IPT;
  8. Pelajar yang ingin memohon pembiayaan ini mestilah memperolehi Purata Mata Kumulatif (PMK) 2.5 dan ke atas;
  9. Pelajar perlu menyediakan rancangan perniagaan dan perlu membentangkan model rancangan perniagaan yang akan dijalankan semasa temuduga dijalankan oleh Pusat Keusahawanan di IPT berkaitan;
  10. Had jumlah pembiayaan ialah RM1,000 sehingga RM5,000;
  11. Tempoh masa pembiayaan adalah sehingga 3 tahun;
  12. Pembiayaan terbuka untuk perniagaan milikan tunggal pelajar sahaja;
  13. Pelajar perlu terlibat secara langsung dalam perniagaan; dan
  14. Bentuk pembiayaan adalah tunai sahaja.
4. Berapakah JUMLAH HAD PEMBIAYAAN yang disediakan melalui Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR?
Had pembiayaan yang disediakan daripada RM1,000 hingga RM5,000.
5. Bagaimanakah PROSES KELULUSAN pembiayaan Program KPT-MEDAC SISWAPRENEUR ini dilaksanakan?
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 45313
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.