2u2i
1. Apakah yang dimaksudkan dengan 2u2i?
2u2i merupakan progam akademik yang digunakan sebaai konsep dua (2) tahun di universiti dan dua (2) tahun dalam industri. 2u2i adalah satu jenama yang boleh diterjemahkan ke dalam pelbagai jenis pengajian seperti dua (2) tahun dalam industri (2u2i) atau tiga (3) tahun di universiti dan satu (1) tahun dalam industri (3u1i) atau dua (2) tahun di universiti dan satu (1) tahun dalam industri (2u1i).
2. Siapakah pihak yang terlibat dalam pelaksanaan 2u2i?
Dalam fasa pertama, Kementerian akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan program di program Ijazah sahaja. Konsep 2u2i boleh dilaksanakan pada peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah, Doktor Falsafah (PhD) jika ia adalah bersesuaian.
3. Apakah konsep ini pernah dilaksanakan di Malaysia sebelum ini?
Program 2u2i merupakan konsep baru sahaja diperkenalkan di Malaysia sejak September 2016. Ia merupakan program Malaysia yang unik yang ditawarkan untuk pelajar Malaysia.
4. Apakah perbezaan antara konsep 2u2i dan Kerja Berdasarkan Pembelajaran (WBL)?
2u2i | WBL |
|
|
|
|
|
|
5. Universiti manakah yang terlibat dalam melaksanakan konsep 2u2i ini?
Setakat Februari 2017, terdapat enam (6) buah Universiti Awam yang telah melaksanakan konsep 2u2i sebagai program perintis iaitu:
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) - Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan
- Universiti Putra Malaysia (UPM) - Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Perladangan
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) - Ijazah Sarjana Muda Reproduksi Haiwan dan Kesihatan
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Pengurusan Perniagaan
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
6. Apakah kebaikan 2u2i kepada pelajar?
- Menggabungkan pembelajaran dan pengalaman perkerjaan
- Berpeluang mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari di dalam kelas melalui pengalaman kerja
- Pendidikan yang holistic dan menyeluruh dalam kelas dan tempat kerja
- Sebagai platform yang menghubungkan pihak majikan daripada industri, institusi pengajian dan graduan
- Meningkatkan keyakinan diri pelajar dan kemahiran menerusi pengalaman bekerja
- Memberikan pelajar kemahiran yang bermanfaat dari segi pendedahan dan pengalaman pembelajaran baru
7. Apakah kebaikan 2u2i kepada HLI?
- Menarik pelajar yang berkualiti dan bermotivasi untuk menyertai program 2u2i ini
- Kebolehlihatan dan reputasi HLI lebih terbukti melalui kolabrasi dengan industri
- Menghasilkan graduan yang berkelayakan dan professional yang mampu menyumbang secara produktif kepada masyarakat
- Menerima maklum balas daripada pihak majikan terhadap kualiti dan perkaitan dengan kurikulum akademik
- Berpeluang untuk melibatkan diri dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama industri
8. Adakah pelajar dilindungi oleh insurans semasa penempatan di industri?
Ya.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 17149