Tawaran Program Biasiswa di bawah Tajaan Bank Pembangunan Islam (ISDB) bagi Tahun Akademik 2021 / 2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.
-
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bank Pembangunan Islam (IsDB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa dalam bidang berkaitan bagi tahun akademik 2021 / 2022. Turut dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa ini meliputi bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, kos perubatan di hospital universiti / kerajaan serta tiket penerbangan pergi-balik di kelas ekonomi. Penerima biasiswa juga adalah turut terikat kepada syarat untuk membayar balik 50% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengajian setelah menamatkan pengajian dan berjaya mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan.
-
Perincian berhubung tawaran tersebut adalah seperti yang berikut:
Peringkat Pengajian:
- Sarjana Muda (Undergraduate) https://www.isdb.org/scholarships/undergraduate ;
- Sarjana (Masters) https://www.isdb.org/scholarships/master ;
- Doktor Falsafah (Ph.D.) dan Penyelidikan Pasca-Kedoktoran (post-doctoral research) https://www.isdb.org/scholarships/phd-and-post-doctoral-research-programme
Mode Pengajian : Sepenuh masa
Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2021 (Ahad)
-
Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tawaran biasiswa tersebut dan mengemukakan permohonan melalui laman sesawang IsDB di www.isdb.org/scholarship. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penawaran biasiswa ini boleh dibuat melalui e-mel secara terus kepada pihak IsDB di
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 4147