Permohonan Janji Temu Pengesahan Dokumen Akademik IPT
Selaras dengan pengumuman berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diumumkan oleh kerajaan, berkuatkuasa pada 25 Mei 2021 sehingga 7 Jun 2021, segala urusan pengesahan dokumen akademik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu dilakukan melalui sesi janji temu. Oleh itu, permohonan janji temu bagi urusan ini boleh dibuat di https://bit.ly/attest2KPT.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi talian 03 8000 8000 (ext 4826) atau 03 8000 8000 (ext 6557).
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 6589