Penutupan Separuh hari perkhidmatan kaunter Bahagian Kecemerlangan Akademik, JPT
Adalah dimaklumkan kaunter perkhidmatan pengesahan sijil BKA tidak akan beroperasi pada ketetapan berikut :-
- Hari : Jumaat
- Tarikh : 16 Disember 2022
- Waktu Operasi : 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari sahaja
- Waktu Penutupan : Separuh Hari
- No. Kaunter : Kaunter 4
Penutupan separuh hari perkhidmatan kaunter ini adalah bagi memberi laluan kepada semua pegawai BKA yang terlibat sepenuhnya bagi urusan Program Bahagian Kecemerlangan Akademik.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1877