Penawaran Biasiswa Pengajian Tinggi oleh Universiti Maritim Vietnam
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Maritim Vietnam menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) telah memanjangkan hebahan berhubung penawaran biasiswa kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Vietnam.
Penawaran biasiswa ini merupakan salah satu inisiatif Universiti Maritim Vietnam untuk menggalakkan lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di universiti tersebut. Perincian ringkas berhubung penawaran biasiswa tersebut adalah seperti yang berikut:
Mod pengajian |
: |
Sepenuh masa |
Peringkat pengajian |
: |
Ijazah Sarjana Muda |
Kursus pengajian |
: |
· Global Studies and Maritime Affairs · International Business and Logistics · Marketing Management |
Bersama-sama ini dikemukakan lampiran berhubung perincian penawaran biasiswa tersebut untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua.
Muat Turun:
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 5791