Penawaran 2022-2023 Canada-ASEAN Scholarships and Educational Exchanges for Development (SEED) - For Students

Sukacita dimaklumkan bahawa Perwakilan Tetap Kanada ke ASEAN menerusi Sekretariat ASEAN telah memanjangkan hebahan berhubung penawaran 2022-2023 Canada-ASEAN Scholarships and Educational Exchanges for Development (SEED) - For Students.

Untuk makluman, Program SEED ini menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar dari negara-negara anggota ASEAN untuk mengikuti program pengajian dan penyelidikan jangka masa pendek di Kanada. Perincian lanjut berhubung penawaran biasiswa tersebut adalah seperti yang berikut: https://www.educanada.ca/scholarships-bourses/can/institutions/asean-anase.aspx?lang=eng. Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Mac 2022 (Khamis)

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penawaran biasiswa tersebut boleh dipanjangkan secara terus kepada pihak penganjur Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya., tel: 613-237-4820 atau Ms. Diane Briand, Kaunselor (Pembangunan), Perwakilan Kanada ke ASEAN, Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Last updated on .
  • Hits: 6274
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 26 Mei 2026, 02:59:28.

logo-sirim