Pelan Pemulihan Negara
Hala Tuju Malaysia Untuk Keluar Daripada Kemelut Pendemik COVID-19 Dengan Selamat
Pelan hala tuju ini merangkumi rancangan empat fasa untuk melonggarkan sekatan secara berhati-hati dan selamat serta bersandarkan kepada kadar vaksinasi populasi. Menerusi PPN, Kerajaan mensasarkan untuk mengurangkan sekatan dalam cara yang dapat mencapai lima objektif berikut:
- Melindungi kesihatan awam dengan menangani penularan, meminimumkan kemasukan ke hospital dan kematian;
- Memastikan bahawa sistem penjagaan kesihatan awam dapat bertahan secara mampan;
- Mempercepatkan vaksinasi untuk melindungi rakyat;
- Membuka semula sektor ekonomi dan sosial secepat dan seadil mungkin; dan
- Bersikap responsif dan fleksibel dalam penyesuaian kepada persekitaran yang sentiasa berubah.
Muat turun dokumen berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pelan Pemulihan Negara:
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 8837