KPT - KPT tanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline - Menteri

KPT tanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline - Menteri

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) boleh dimohon terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

“Bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor Unik ID Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian.

“KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, tempoh permohonan ditetapkan pada 4 Januari hingga 31 Mac bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM), asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), lepasan matrikulias serta diploma atau setaraf.

Tambahnya, tempoh pilihan program pengajian pula berbeza mengikut kategori masing-masing yang bermula pada 9 Mac dan berakhir pada 31 Mac tahun ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1660
Logo KPT
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Rabu 20 Oktober 2021, 12:04:11.