SIARAN MEDIA
SIDANG KEMUNCAK ASEAN: KPT BERI KEMUDAHAN PDP SECARA
DALAM TALIAN KEPADA IPT TERLIBAT
Bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang akan berlangsung pada 26-28 Oktober 2025 di Kuala Lumpur, KPT mengambil maklum akan pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran melibatkan kawasan di sekitar Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, dan Putrajaya).
Cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan warga, selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI, KPT akan memberikan kemudahan kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Awam dan Swasta untuk membuat pilihan menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal.
Setiap IPT diminta untuk membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang 26-28 Oktober ini untuk menentukan keperluan bagi PdP secara dalam talian bagi memastikan warga tidak terkesan dengan penutupan jalan berkenaan.
Pelajar dan warga IPT yang terkesan turut boleh berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Kemudahan yang diberikan ini bagi memastikan kesejahteran warga IPT dan membolehkan mereka merancang pergerakan masing-masing sekali gus memastikan proses PdP dapat berjalan dengan lancar.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
21 OKTOBER 2025
Muat Turun:
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 577