Pindaan AUKU: Kabinet Beri Lampu Hijau, Dijangka Dibentang Di Dewan Rakyat Bulan Disember 2018

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah meluluskan pindaan ke atas Akta Universiti dan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah meluluskan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971. Ini satu perkembangan positif.

Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan cadangan pindaan beberapa peruntukan Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan cadangan pindaan beberapa peruntukan AUKU dijangka dilakukan pada persidangan Parlimen kali ini, yang akan berakhir pertengahan bulan depan.

Pindaan itu turut melibatkan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174).

Pindaan-pindaan ini melibatkan pemansuhan peruntukan yang menghalang pelajar universiti terlibat Pindaan-pindaan ini melibatkan pemansuhan peruntukan yang menghalang pelajar universiti terlibat dalam aktiviti parti politik di kampus seperti disebut dalam Seksyen 15(2)(C) AUKU, Seksyen 47(2)(C) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Seksyen 10(2)(C) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang terpakai kepada semua Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan Politeknik, Kolej Komuniti serta Institut Perguruan.

Langkah ini selari dengan transformasi politik yang dibawa oleh Kerajaan dalam mengukuhkan institusi demokrasi, terutamanya dalam memberi lebih ruang kepada pelajar universiti untuk bersuara dan terlibat dengan aktiviti politik di kampus selain menghasilkan graduan yang seimbang dan berupaya dalam menyuarakan pendapat mengenai isu semasa.

Beberapa peruntukan dalam AUKU yang diguna pakai pada masa sekarang perlu disesuaikan dengan pelan transformasi yang diusahakan oleh kerajaan baharu. Keadaan ini memerlukan AUKU dilihat semula bagi memastikan bahawa semangat dan kehendak transformasi tersebut diterjemah berdasarkan keluhuran undang-undang.

Pembentangan RUU pindaan ini merupakan langkah awal dalam mentransformasi pendidikan tinggi agar seiring dengan kemajuan teknologi dan informasi selain hasrat Kementerian menyasarkan satu akta baharu pendidikan tinggi digubal bagi menggantikan AUKU menjelang tahun 2020.

YB DR. MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
9 NOVEMBER 2018

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8433
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim