Hebahan

Maklumat hebahan terkini kementerian
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (15 JUN 2021 - 28 JUN 2021)


Susulan pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 15 Jun 2021 hingga 28 Jun 2021, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di seluruh negara sepanjang tempoh tersebut adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini iaitu pada 31 Mei 2021.

Pengoperasian ini merangkumi semua aktiviti seperti keberadaan pelajar, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kehadiran staf akademik dan bukan akademik, pelaksanaan aktiviti pelajar, pelaksanaan peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta kemasukan pelajar antarabangsa.

Pihak IPT boleh merujuk kepada SOP Sektor Pengajian Tinggi bertarikh 31 Mei 2021 yang telah diwartakan merangkumi aspek pengoperasian IPT bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KPT ingin menasihati semua IPT dan para pelajar agar sentiasa mengikuti arahan yang dikeluarkan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa. Semua warga pendidikan tinggi boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengoperasian IPT dalam tempoh PKP melalui Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03- 8870 6777/6949/ 6623/ 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
14 Jun 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pengoperasian IPT Semasa Tempoh PKP 15-28 Jun 2021 (15 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 721
Portal Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi © Hak Cipta Terpelihara
Kemaskini terakhir: Khamis 29 Julai 2021, 00:13:29.