logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENGECUALIAN BAYARAN PROSES UPUONLINE BAGI SESI AKADEMIK 2021/2022


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik 2021/2022.

Untuk makluman, bayaran proses UPUOnline sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan No. Unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Justeru, melalui pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my seperti butiran berikut :

Kategori PemohonTempoh PermohonanPilihan Program Pengajian
Lepasan SPM 4 Januari hingga 31 Mac 21 Mac – 31 Mac
Lepasan STPM/ Asasi/ STAM 16 Mac hingga 31 Mac
Lepasan Matrikulasi 23 Mac hingga 31 Mac
Lepasan Diploma/Setaraf 9 Mac hingga 31 Mac

KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi
8 Mac 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pengecualian Bayaran Proses UPUOnline Bagi Sesi Akademik 2021/2022 (113 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 13125
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 02:51:53.