logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN DILANJUTKAN SELAMA TIGA BULAN


Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga (3) bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

Peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 5 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021. Tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan pelanjutan diluluskan. Butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.

Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik Covid-19.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Diharapkan pengumuman ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh peminjam PTPTN.

DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi
1 Januari 2021

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Dilanjutkan Selama Tiga Bulan (58 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5240
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim