KENYATAAN MEDIA
TIADA PERBINCANGAN UiTM DIBUKA KEPADA BUKAN
BUMIPUTERA
Merujuk kepada isu membuka kemasukan kepada pelajar bukan Bumiputera di Universiti Teknologi MARA (UiTM), saya ingin memaklumkan sekali lagi dengan tegasnya bahawa isu ini tidak dibincang dalam mana-mana mesyuarat di peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mahupun peringkat Kabinet.
Seperti kenyataan saya pada 2 Mei yang lalu, KPT sememangnya tidak pernah membincang atau membenarkan UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera sepertimana yang telah dimainkan pada hari ini.
Isu ini ternyata sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.
KPT berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 – UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
DR. ZAMBRY ABD KADIR
15 MEI 2024
Muat Turun:
pdf Kenyataan Media-Tiada Perbincangan UiTM Dibuka Kepada Bukan Bumiputera (79 KB)
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 4698