logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PROGRAM JOM MASUK U 2023 (JMU2023)


  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan Program Jom Masuk U 2023 (JMU2023) bermula 20 Mei 2023 hingga 5 Jun 2023 di enam (6) zon seluruh negara seperti berikut :-

BIL.

ZON

LOKASI

TARIKH

HARI

1.

Selatan

Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor

20 & 21 Mei 2023

Sabtu & Ahad

2.

Sarawak

Time Square Megamall Bintulu, Sarawak

20 & 21 Mei 2023

Sabtu & Ahad

3.

Sabah

Kompleks Dewan Kuliah Pusat ke-2 UMS, Sabah

27 & 28 Mei 2023

Sabtu & Ahad

4.

Utara

Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kedah

27 & 28 Mei 2023

Sabtu & Ahad

5.

Timur

Dewan Sultan Mizan, UMT, Terengganu

3 & 4 Jun 2023

Sabtu & Ahad

6.

Tengah

Dewan Tunku Canselor, UM, Kuala Lumpur

4 & 5 Jun 2023

Ahad & Isnin

  1. Penganjuran JOM MASUK U 2023 bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan tinggi di bawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) serta penglibatan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). JOM MASUK U 2023 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf.
  2. Majlis Perasmian JOM MASUK U 2023 akan dilaksanakan di Stadium Tertutup Arena Larkin Johor Bahru, Johor manakala Majlis Penutupan JOM MASUK U 2023 pula akan diadakan di Dewan Tunku Canselor, UM, Kuala Lumpur.
  3. Semasa berlangsungnya JOM MASUK U 2023, calon-calon lepasan SPM dan STPM/Setaraf boleh memohon dan mengemaskini permohonan UPUOnline® yang akan dibuka pada permohonan Fasa 2 mulai 15 Mei 2023 (12.00 tengah hari) hingga 09 Jun 2023 (5.00 petang).
  4. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sepanjang JOM MASUK U 2023 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline®, talk show IPTA dan IPTS, cabutan bertuah, campus tour, aktiviti bersama alumni dan banyak lagi.
  5. KPT ingin menjemput semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor dan orang awam agar turut serta dalam JOM MASUK U 2023 dan mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon UPUOnline® Sesi Akademik 2023/2024.

Sila hubungi alamat dan talian berikut untuk sebarang pertanyaan:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA

No. Tel                     : 03-8684 2363
E-mel                      : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook                : Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
Youtube                  : bkpaUPU
Instagram               : kemasukanbkpa
TikTok                     : bkpaupu
Maklumbalas UPU  : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat                 : https://upuchat.org/ 

Kementerian Pendidikan Tinggi
12 Mei 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Jom Masuk U 2023 (JMU 2023).pdf (177 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7226
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.