logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu, berkuat kuasa mulai 2 April 2023. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Konflik di University of Hull, England.

Bagaikan sirih pulang ke gagang, YBrs. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan kembali menabur bakti di UUM setelah berkhidmat hampir 10 tahun sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Beliau telah memulakan karier dalam perkhidmatan awam di UUM pada tahun 1989 dan pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Pembangunan Pelajar UUM dari tahun 2001 hingga tahun 2002 dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UUM dari tahun 2007 hingga 2013.

Selain memiliki pengalaman pentadbiran yang luas di peringkat universiti, beliau turut memiliki personaliti yang dihormati dan disenangi oleh warga universiti khususnya dalam kalangan ahli akademik dan mahasiswa. Keupayaan dan kepimpinan karismatik beliau ini dilihat mampu menyuntik semangat dan aspirasi Malaysia Madani dalam pengurusan di UUM.                            

Kementerian yakin dengan pelantikan YBrs. Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan sebagai Naib Canselor UUM dapat melonjakkan keunggulan UUM untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka berpaksikan kecemerlangan akademik dan pembangunan insaniah pelajar.

Kementerian Pendidikan Tinggi
31 MAC 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.pdf (128 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6606
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 03:08:48.

logo-sirim