logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANTIKAN KETUA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI YANG BAHARU 


Sukacita dimaklumkan bahawa YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang baharu, berkuat kuasa 16 November 2022. 

YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, 57 tahun, merupakan graduan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau seterusnya melanjutkan pengajian dalam Sijil Pendidikan daripada Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Kemudian, beliau menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Sarjana Sains Pentadbiran Perniagaan sebelum melanjutkan pengajian dan berjaya memperoleh Doktor Falsafah Pengurusan (PhD) dari University Of Hull, United Kingdom.

YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) sejak 13 Julai 2018. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) bermula pada 16 Februari 2016 sehingga 12 Julai 2018. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Akademik di Politeknik Balik Pulau (PBU) mulai 16 Februari 2010 sehingga 15 Disember 2011.

KPT percaya berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail berkemampuan untuk memacu JPPKK sebagai peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang unggul. 

Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBrs. Ts. Zainab Ahmad atas jasa bakti beliau menerajui JPPKK sebelum ini.

Kementerian Pengajian Tinggi
16 November 2022

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Pelantikan Ketua Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti.pdf (47 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 12703
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.