logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

PELANCARAN INISIATIF EXPERIENTIAL LEARNING AND COMPETENCY-BASED EDUCATION LANDSCAPE (EXCEL)


Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah melancarkan kerangka program akademik pendidikan tinggi baharu yang dikenali sebagai Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape atau EXCEL. Ia merupakan satu kerangka transformasi program akademik yang mengintegrasikan elemen industri, komuniti, penyelidikan dan fleksibiliti (personalised) dalam menghasilkan graduan yang mempunyai atribut dan kemahiran yang diperoleh dari pembelajaran berasaskan pengalaman dan  pendidikan berasaskan kompetensi. Majlis pelancaran EXCEL ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini  Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi secara dalam talian.

Dalam ucapannya, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata bahawa inisiatif EXCEL merupakan pemacu transformasi program akademik bagi menghasilkan graduan yang mempunyai daya tahan dan keupayaan untuk menghadapi serta menerima perubahan (Resilient and Change-Ready Talent). Graduan yang melalui program berasaskan EXCEL akan memperoleh kemahiran holistik sebagai  pengamal pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learners), usahawan inovatif  (innovative entrepreneurs), pengamal kreatif (creative practitioners) dan pengaruh perubahan (change-makers).

Kementerian Pengajian Tinggi melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 atau PPPM (PT) 2015 – 2025 telah menekankan untuk mengimbangi antara ilmu dan ahklak. Aspirasi pelajar dalam pelan ini adalah supaya pelajar mempunyai enam (6) atribut iaitu:

  1. Etika dan kerohanian
  2. Kemahiran kepimpinan;
  3. Jati diri kebangsaan;
  4. Penguasaan bahasa;
  5. Kemahiran berfikir; dan
  6. Ilmu pengetahuan.

EXCEL ini dibangunkan bagi menyokong aspirasi ini serta mengurangkan jurang kesepadanan kemahiran yang selalu dibangkitkan oleh industri terutamanya. Kerangka EXCEL memfokuskan kepada kaedah pembelajaran pendidikan berasaskan pengalaman dan kompetensi yang diterapkan dalam empat (4) teras EXCEL iaitu:

  1. Industry Driven Experiential Learning (IDEAL);
  2. Community Resilience Experiential Learning (CARE);
  3. Research Infused Experiential Learning (REAL);dan
  4. Personalised Experiential Learning (POISE).

Kerangka akademik bagi setiap teras tersebut diterjemahkan melalui Playbook EXCEL yang telah diterbitkan. Ia akan dapat memandu arah baharu bagi IPT dalam mereka bentuk semula  program akademik bagi menghasilkan graduan yang Resilient and Change Ready Talent.

Kementerian Pengajian Tinggi
15 OKTOBER 2021

 

Muat Turun:

  pdf 1. Kenyataan Media Pelancaran Inisiatif Experiential Learning and Competency-Based Education Landscape (EXCEL) (236 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 907
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Ahad 15 September 2024, 01:15:57.

logo-sirim