logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

LAPORAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA BERTAJUK “UITM HOLDINGS RUGI RM157 JUTA” BERTARIKH 7 FEBRUARI 2023


  1. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum laporan akhbar bertajuk “UiTM Holdings rugi RM157 juta” yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 7 Februari 2023.
  1. Jumlah RM157 juta yang dilaporkan tersebut adalah berdasarkan kepada kiraan kerugian sebelum cukai terkumpul selama 4 tahun iaitu bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2021. Manakala keuntungan sebelum cukai terkumpul yang dilaporkan bagi tahun 2011, 2013, 2014, 2015 dan 2016 adalah sekitar RM26 juta.
  1. UiTM Holdings Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pegangan pelaburan milik penuh UiTM yang menguruskan 8 buah syarikat berkaitan tenaga, penjagaan kesihatan, teknologi dan
  1. KPT mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan dijalankan berkenaan dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan yang dilaporkan tersebut. Pihak-pihak yang berkenaan mesti memberikan kerjasama yang sewajarnya.
  1. Penekanan khusus diberikan oleh KPT dalam perkara- perkara yang melibatkan nilai integriti dan tata kelola dalam tadbir urus universiti. KPT juga berpandukan kepada, antara lain, UniTP Green Book (Enhancing University Board Governance and Effectiveness) yang menggariskan berkenaan pengurusan kewangan dan penjanaan pendapatan universiti.
  1. Selain daripada siasatan yang dijalankan, KPT akan membuat semakan dan penambahbaikan terhadap garis panduan yang telah ditetapkan berkenaan pengurusan syarikat pegangan universiti serta mengukur kepatuhan oleh syarikat-syarikat yang berkaitan.
  2. KPT menegaskan bahawa pihak Kementerian tidak akan berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap garis panduan yang ditetapkan atau undang-undang sedia ada yang terpakai.

DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

7 FEBRUARI 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media UiTM Holdings.pdf (155 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6400
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.