logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN ILKA BAGI LEPASAN SPM DIUMUM PADA 28 JUN 2024


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 28 Jun 2024 (Jumaat).

Keputusan boleh disemak mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari hingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

a) Secara atas talian melalui pautan;
    i. https://jpt.utm.my
    ii. https://jpt.uum.edu.my
    iii. https://jpt.unimas.my
    iv. https://jpt.ums.edu.my
    v. https://jpt.umt.edu.my

b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 29 Jun 2024 hingga 7 Julai 2024 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan ILKA kepada yang berjaya mulai 29 Jun 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 28 Jun 2024, jam 12.00 tengah hari sehingga 7 Julai 2024, jam 5.00 petang. Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline® .

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan IPTA/ILKA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBPKA
TikTok: BKPAUPU

Kementerian Pendidikan Tinggi
20 Jun 2024

Muat Turun:

pdf KENYATAAN-MEDIA-KPT-KEPUTUSAN-KEMASUKAN-KE-IPTA-DAN-ILKA-MENERUSI-UPUONLINE.pdf (19 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2240
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.