logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KPT BERI KEMUDAHAN SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN SEMPENA
PERAYAAN DEEPAVALI


Bersempena dengan sambutan perayaan Deepavali pada 31 Oktober 2024, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian/ hibrid khusus kepada pelajar serta pengajar beragama Hindu di seluruh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti) bagi meraikan sambutan pesta cahaya itu.

Melalui perbincangan KPT bersama jabatan terlibat, kemudahan sesi PdP ini akan bermula mulai 28 hingga 30 Oktober 2024 (Isnin hingga Rabu) dan juga pada 1 November 2024 (Jumaat).

Pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan pelajar dan pengajar beragama Hindu untuk meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga masing- masing.

Di kesempatan ini, kementerian juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua pelajar, pengajar, warga KPT dan seluruh rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

“Deepavali Nal Valthukal.”

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
26 Oktober 2024

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - KPT Beri Kemudahan Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Secara Dalam Talian Sempena Perayaan Deepavali (105 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5286
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 12 Februari 2025, 10:29:14.

logo-sirim