logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA, IPTA DAN
MARA BPT BAGI LEPASAN SPM DIUMUM PADA 22 MEI 2026


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2026/2027 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 22 Mei 2026 (Jumaat).

Keputusan boleh disemak mulai 22 Mei 2026, jam 12.00 tengah hari hingga 31 Mei 2026, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

a) Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my.

b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

c) Melalui Aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 23 hingga 31 Mei 2026 di laman web UA, IPTA dan MARA BPT. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan UA, IPTA dan MARA BPT kepada yang berjaya mulai 23 Mei 2026 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 22 Mei 2026, jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mei 2026, jam 5.00 petang. Rayuan ke Kolej Komuniti (KK) boleh dimajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline®.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian UA, IPTA dan MARA BPT tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:-

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu JavaScript diaktifkan untuk melihatnya.
Facebook & Instagram: BKPA UPU
TikTok: BKPAUPU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
7 MEI 2026

Muat Turun:

   pdf Kenyataan Media - Keputusan Permohonan Kemasukan ke UA, IPTA dan MARA BPT Bagi Lepasan SPM Diumum Pada 22 Mei 2026(156 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 2882
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Mei 2026, 09:18:20.

logo-sirim