10 Politeknik Malaysia Terima Akreditasi Emas APACC

Sepuluh (10) buah Politeknik Malaysia berjaya memperolehi pengiktirafan akreditasi daripada Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC). Akreditasi ini merupakan pengiktirafan yang diberikan berdasarkan tujuh (7) kriteria yang perlu dipenuhi dan dicapai oleh institusi iaitu Tadbir Urus dan Pengurusan, Pengajaran dan Pembelajaran, Sumber Manusia, Penyelidikan dan Pembangunan, Imej dan Kelestarian, Sumber Pendidikan dan Khidmat Sokongan Pelajar.
Lebih membanggakan lagi, sembilan (9) Politeknik menduduki kedudukan 10 terbaik tangga teratas daripada 26 institusi negara anggota yang memperolehi Anugerah Emas.
Pengiktirafan antarabangsa APACC ini membuktikan Politeknik Malaysia mampu berdaya saing sehingga ke peringkat antarabangsa dan juga sebagai penanda aras kecemerlangan institusi aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik dari aspek kualiti, kebertanggungjawaban dan kepercayaan awam terhadap Politeknik Malaysia.
10 buah Politeknik yang tersenarai adalah:-
- Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)
- Politeknik Ungku Omar (PUO)
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
- Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS)
- Politeknik Kota Bharu (PKB)
- Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS)
- Politeknik Seberang Perai (PSP)
- Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
- Politeknik Port Dickson (PPD)
Pengiktirafan ini juga membuktikan Malaysia memiliki kelompok institusi yang berkualiti tinggi dan ia menyaksikan usaha mengarusperdana aliran TVET. Ini merupakan usaha terbaik bagi memastikan politeknik memiliki kelompok bakat yang berkemahiran tinggi.
APACC merupakan badan akreditasi di bawah Colombo Plan Staff College (CPSC) yang beribu pejabat di Manila, Filipina. APACC yang ditubuhkan di Seoul, Korea Selatan pada Disember 2004 dianggotai oleh 17 buah negara rantau Asia Pasifik.
Prinsip asas inisiatif akreditasi dan persijilan APACC adalah untuk mengharmoni kualiti pendidikan TVET, mewujudkan standard setara dalam kemahiran yang diajari di institusi TVET, disamping memudahcara mobiliti pekerja di rantau Asia Pasifik. Akreditasi APACC adalah selaras dengan kewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 yang meliberalisasi pasaran serantau ASEAN. Penganugerahan APACC ini juga merupakan akreditasi tunggal khusus untuk institusi TVET di rantau Asia Pasifik.
DATO’ DR. NORAINI AHMAD
Menteri Pengajian Tinggi
17 Jun 2020
LAMPIRAN
SENARAI INSTITUSI YANG MEMPEROLEHI ANUGERAH EMAS BAGI AKREDITASI ASIA PACIFIC ACCREDITATION AND CERTIFICATION COMMISSION (APACC)
BIL |
POLITEKNIK |
NEGARA |
1. |
Malaysia |
|
2. |
Malaysia |
|
3. |
Malaysia |
|
4. |
Malaysia |
|
5. |
Concepcion Vocational School (CVS) |
Filipina |
6. |
Malaysia |
|
7. |
Malaysia |
|
8. |
Malaysia |
|
9. |
Malaysia |
|
10. |
Malaysia |
|
11. |
TESDA Women's Center (TWC) |
Filipina |
12. |
Ubon Ratchathani Vocational College (UVC) |
Thailand |
13. |
Polytechnic College of Engineering and Technology (PCET) |
Mongolia |
14. |
Siam Business Administration Nonthaburi Technological College (SBAC-NON) |
Thailand |
15. |
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTM- Kuantan) |
Malaysia |
16. |
IRPC Technological College |
Thailand |
17. |
MARA Japan Industrial Institute (MJII) |
Malaysia |
18. |
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTM- Ledang) |
Malaysia |
19. |
Politeknik Port Dickson |
Malaysia |
20. |
Khonkaen Vocational College (KVC) |
Thailand |
21. |
Nachimuthu Polytechnic College, Pollachi (NPC) |
India |
22. |
Davao Oriental Polytechnic Institute (DOPI) |
Filipina |
23. |
Quezon National Agricultural School (QNAS) |
Filipina |
24. |
Songkhla Vocational College (SVC) |
Thailand |
25. |
Puerto Princesa School of Arts and Trades (PPSAT) |
Filipina |
26. |
Siam Business Administration Technological College (SBAC) |
Thailand |
Tahap akreditasi APACC dibahagikan kepada lima (5) iaitu “Platinum”, “Gold”, “Silver” “Bronze Plus” dan “Bronze” berdasarkan pencapaian skor yang telah ditetapkan dan tempoh akreditasi bagi setiap tahap diberikan selama empat (4) tahun. Institusi yang mendapat skor di bawah 300 tidak akan mendapat akreditasi dari APACC.
TAHAP |
SKOR |
*PLATINUM (PLATINUM) |
491 hingga 500 markah |
EMAS (GOLD) |
451 hingga 490 markah |
PERAK (SILVER) |
401 hingga 450 markah |
**GANGSA + (BRONZE+) |
351 hingga 400 markah |
GANGSA (BRONZE) |
350 markah |
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 20359