AKEPT Higher Education Leadership Summit (A-HEALS) 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan AKEPT Higher Education Leadership Summit 2022 seperti ketetapan berikut;
Tarikh: 15 & 16 Februari 2022 (Selasa & Rabu)
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang (GMT+8)
Platform: Hello (platform maya tempahan khas)
Pautan pendaftaran: https://registration.hels2022.iium.edu.my/
Siaran Langsung:
Facebook (AKEPT) | https://www.facebook.com/akeptmalaysia
YouTube (@OfficialIIUM) | https://www.youtube.com/c/OfficialIIUM
Untuk makluman, program ini adalah program bitara Kementerian Pengajian Tinggi yang melibatkan gabungan tokoh-tokoh pemimpin antarabangsa dan tempatan dalam membincangkan isu dan trend semasa yang berkaitan dengan kepimpinan pendidikan tinggi. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan platform perkongsian idea berkenaan aspek pembangunan dan inovasi pendidikan tinggi serta amalan terbaik dalam pengurusan dan pentadbiran. Selain itu, program ini dianjurkan untuk memperkukuhkan kepemimpinan organisasi dalam semua bidang dan disiplin pendidikan.
Sehubungan itu, YBhg. Datuk Seri / Dato’ / Datin / Dr. / Tuan / Puan dijemput untuk menyertai Summit ini dan mendengar sesi-sesi ceramah dan forum yang dianjurkan. Pendaftaran boleh dilakukan di pautan yang disediakan dan hanya 1000 peserta sahaja yang boleh ditempatkan dalam program ini.
![]() |
![]() |
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 985