PROGRAM MASTER OF ADVANCED STUDIES IN EUROPEAN AND INTERNATIONAL GOVERNANCE (MEIG), UNIVERSITY OF GENEVA, SWITZERLAND
Kedutaan Switzerland di Malaysia memberi tawaran mengikuti program Master of Advanced Studies in European and International Governance (MEIG) bagi sesi 2027–2028 yang dianjurkan oleh University of Geneva dengan kerjasama United Nations Office at Geneva (UNOG).
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional peserta dalam bidang tadbir urus Eropah dan antarabangsa, di samping memperkukuh keupayaan kepimpinan serta pembangunan kerjaya dalam bidang berkaitan. Program ini dijadualkan bermula pada September 2027 an turut menyediakan peluang pembiayaan melalui penawaran biasiswa secara terhad.
Tarikh tutup permohonan bagi program berkenaan adalah seperti yang berikut:
i. Tarikh tutup pertama: 15 November 2026;
ii. Tarikh tutup kedua: 20 Disember 2026; dan
iii. Tarikh tutup ketiga: 15 Februari 2027.
Pemohon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 20 Disember 2026. Maklumat lanjut mengenai program, syarat kemasukan dan tatacara permohonan boleh diperoleh melalui laman sesawang rasmi di www.meig.ch.
i. MEIG_Application_form_12th_edition_2027-2028.pdf
ii. MEIG_Scholarship_Form_12th_edition_2027-2028.pdf
iii. MEIG_Brochure_compressed.pdf


- Last updated on .
- Hits: 98
