YAB TPM Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Festival Idea Putrajaya 2025

YAB TPM Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Festival Idea Putrajaya 2025

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan meneruskan penganjuran Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 dengan penglibatan serta kerjasama lebih banyak lagi Kementerian serta Agensi mahupun swasta pada kali ini.

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan buat pertama kalinya Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Nasional Putrajaya FOI di Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya siang tadi.

Antara agenda utama mesyuarat berkenaan termasuk pembentangan program serta pengisian sepanjang lima (5) hari penganjuran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bermula 4 hingga 8 November depan.

Semasa sesi perbincangan tersebut turut mencadangkan penambahbaikan pengisian program yang akan dilaksanakan kelak dalam memastikan misi merakyatkan pendidikan tinggi dan platform mencetus idea baharu dapat direalisasikan.

KPT komited menjadikan Putrajaya FOI sebagai program ‘signature’ Kementerian berikutan kejayaan pada tahun lalu dengan sambutan yang sangat menggalakkan.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menyeru agar program berimpak tinggi ini diteruskan setiap tahun dengan penglibatan lebih banyak Kementerian dan Agensi secara menyeluruh melalui pendekatan ‘Whole of Government’ dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Belia dan Sukan, YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Timbalan-timbalan Menteri Kementerian yang lain. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 679
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Oktober 2025, 04:17:19.

logo-sirim