Sinergi Baharu KPT: YB Tuan Adam Adli Bawa Semangat Pemerkasaan Mahasiswa

Sinergi Baharu KPT: YB Tuan Adam Adli Bawa Semangat Pemerkasaan Mahasiswa

YB Tuan Adam Adli Abd Halim secara rasminya telah memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu siang tadi.

Ketibaan beliau di bangunan KPT telah disambut oleh warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

Sejurus sesi clock-in, beliau bersama warga telah mengaminkan bacaan doa sebagai memohon keberkatan dan keselamatan.

Beliau telah dibawa ke pejabatnya di Aras 17 dan kemudiannya telah diberikan taklimat mengenai fungsi, pencapaian serta hala tuju Kementerian, termasuklah jabatan serta agensi.

​Pelantikan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya ini dilihat sebagai satu sinergi positif, memandangkan latar belakang beliau yang cukup sinonim dengan perjuangan mahasiswa dan pemerkasaan anak muda.

Kehadiran beliau melengkapkan barisan kepimpinan KPT, membentuk gandingan mantap bersama Menteri yang diyakini mampu menyuntik dinamika baharu dalam menjaga kebajikan pelajar serta memperkukuh ekosistem TVET negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Selamat bertugas, YB. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 75
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Disember 2025, 09:37:58.

logo-sirim