Program Rejuvenasi Minda KPT Perkukuh Kesatuan Dan Kepimpinan Pengurusan Tertinggi

Program Rejuvenasi Minda KPT Perkukuh Kesatuan Dan Kepimpinan Pengurusan Tertinggi

Program Rejuvenasi Minda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melibatkan pengurusan tertinggi Kementerian berlangsung dengan jayanya pada 12-14 Disember 2025 dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi tuan rumah bagi penganjuran kali ini.

Program dianjurkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPT dengan kerjasama UPSI itu melibatkan semua pengurusan tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi di bawah KPT bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama berpasukan dalam kalangan warga KPT.

Program ini turut disertai oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian lain melibatkan pelbagai aktiviti-aktivit menarik yang menggunakan kepakaran warga UPSI serta fasiliti di universiti berkenaan.

KSU KPT dalam ucapannya memaklumkan, program sebegini dapat menyuburkan budaya kerja berasaskan nilai, memperkasa komunikasi rentas bahagian serta menyokong agenda transformasi berterusan selaras dengan saranan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

UPSI yang terkenal dalam bidang sukan, bukan sahaja sebagai pusat pendidikan bagi bakal tenaga pelajar, tetapi juga menfokuskan kepada aspek sukan dan rekreasi. Antara pengisian utama program melibatkan aktiviti sukan lasak Water Rafting di Sungai Klah, Sungkai yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Program ini dibimbing oleh pakar-pakar di UPSI bersama rakan strategik lain.

Turut berlangsung adalah pertandingan bowling di UPSI Sports Bowl iaitu merupakan fasiliti penting dalam menghasilkan bakat sukan bowling negara di dalam kampus. Pertandingan ini memberi ruang interaksi santai dalam usaha memperkukuh kesepaduan dan semangat berpasukan dalam kalangan kepimpinan tertinggi.

Program Rejuvenasi Minda ini juga sebagai platform strategik untuk menyegarkan minda, meningkatkan kefahaman bersama serta mempererat hubungan profesional dalam suasana tidak formal, sekali gus menyumbang kepada keberkesanan tadbir urus dan kecemerlangan pengurusan pendidikan tinggi negara. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 211
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Disember 2025, 09:37:58.

logo-sirim