Kunjungan Hormat Majlis Eksekutif UiTM Perkukuh Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara

Kunjungan Hormat Majlis Eksekutif UiTM Perkukuh Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara

19 Jun 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada Majlis Eksekutif Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang diketuai oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin, FASc dan delegasi pagi ini.

Sesi ini memberi tumpuan kepada pembentangan perkembangan serta tindakan susulan yang telah diambil oleh UiTM berhubung cadangan yang dikemukakan oleh Policy Advisory Committee to the Prime Minister (PMAC) dalam usaha memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara.

KPT menghargai komitmen UiTM dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi melalui pelaksanaan agenda transformasi yang bersifat mampan, inklusif dan berimpak tinggi demi manfaat masyarakat serta pembangunan negara. 

  • Last updated on .
  • Hits: 183
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 01 Julai 2026, 02:04:36.

logo-sirim