KPT–UPM Perkasa Agenda Strategik, Pacu Kecemerlangan Universiti

KPT–UPM Perkasa Agenda Strategik, Pacu Kecemerlangan Universiti

14 Ogos 2026 | Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah pada pagi tadi.

Antara agenda strategik diberi perhatian ialah usaha UPM menyokong agenda keterjaminan makanan negara melalui pelaksanaan UPM Sekinchan Sandbox, yang mengoptimumkan kepakaran dan peranan universiti dalam menyokong sektor pertanian negara.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada aspek governan dan pengukuhan tadbir urus universiti, selain agenda pengantarabangsaan dan reputasi global UPM. Dalam hal ini, penyertaan pegawai akademik dan pelajar UPM dalam International Symposium on Applied Engineering and Sciences 2026 (SAES2026) turut dibincangkan sebagai antara usaha memperluas keterlibatan UPM di peringkat antarabangsa.

Aspek kemampanan kewangan universiti turut dibincangkan melalui pelaksanaan “New Funding Formula”, khususnya berkaitan agenda penjanaan pendapatan dan penjimatan.

Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan KPT dan UPM dalam memperkukuh peranan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sebagai pemacu pembangunan negara, selaras dengan keperluan semasa serta aspirasi untuk meningkatkan daya saing dan reputasi universiti di peringkat global.

  • Last updated on .
  • Hits: 165
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 20 Ogos 2026, 09:15:36.

logo-sirim