KPT Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah MARA, Bincang Kerjasama Pejabat Pendidikan di Luar Negara dan Inisiatif Transformasi Pendidikan MARA

KPT Terima Kunjungan Hormat Ketua Pengarah MARA, Bincang Kerjasama Pejabat Pendidikan di Luar Negara dan Inisiatif Transformasi Pendidikan MARA

28 Oktober 2026 | Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), YBrs. Ir. Dr. Mahzan bin Teh bersama delegasi bagi membincangkan kerjasama Pejabat Pendidikan di luar negara dan inisiatif transformasi pendidikan MARA.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan mengenai pelaksanaan inisiatif berkenaan serta mengenal pasti potensi kerjasama yang dapat memberikan manfaat bersama, selaras dengan matlamat dan aspirasi KPT dan MARA dalam memperkasa sektor pendidikan.

  • Last updated on .
  • Hits: 20
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 04 November 2026, 11:36:25.

logo-sirim