KPT Raikan 35 Warga Kerja Cemerlang Menerusi APCB Oktober 2026

23 Oktober 2026 | Putrajaya
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus menghargai kecemerlangan dan komitmen warga kerjanya menerusi penganjuran Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) KPT bagi bulan Oktober 2026 yang berlangsung pagi tadi.
Majlis tersebut menyaksikan seramai 35 orang warga KPT menerima sijil penghargaan, melibatkan 17 penerima daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta 18 penerima daripada Kumpulan Pelaksana, termasuk pegawai lantikan kontrak dan personel Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP).
Penganjuran majlis ini merupakan susulan daripada hasrat Ketua Setiausaha (KSU) KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim yang dizahirkan semasa sesi Nasi Lemak Kopi O (NLKO) 2026 bersama warga Kumpulan Pelaksana pada 10 Ogos lalu.
Beliau mencadangkan agar sesi penyampaian sijil penghargaan kepada semua penerima APCB KPT dilaksanakan dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) bermula Oktober 2026.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen KPT dalam menghargai sumbangan, dedikasi dan prestasi cemerlang warga kerja yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab serta menyumbang kepada kecemerlangan bahagian masing-masing.
Selain menjadi tanda penghargaan atas pencapaian yang ditunjukkan, pengiktirafan ini diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada seluruh warga KPT untuk terus meningkatkan produktiviti, memperkukuh budaya kerja cemerlang serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti.
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
KPT mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima APCB bagi bulan Oktober 2026.
- Last updated on .
- Hits: 491
