KPT Rai Delegasi Forum Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN Sempena Festival Idea Putrajaya 2025

KPT Rai Delegasi Forum Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi ASEAN Sempena Festival Idea Putrajaya 2025

​Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan bahawa jalinan kepercayaan dan persahabatan yang erat adalah teras utama dalam merealisasikan kerjasama strategik pendidikan tinggi serantau, mengatasi sebarang perbezaan demi matlamat bersama.

​Mesej ini dizahirkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, ketika meraikan para delegasi sempena Majlis Makan Malam Jalinan Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi di Putrajaya River Cruise semalam.

​Majlis makan malam yang diadakan dalam suasana santai menjelang Forum Menteri-Menteri Pendidikan Tinggi 2025 esok ini bertujuan membina hubungan dan kepercayaan, yang diyakini KPT sebagai pelengkap penting kepada rangka kerja strategik untuk memacu kecemerlangan pendidikan.

Ia diadakan bersempena penganjuran Festival Idea Putrajaya 2025 dan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

​Hadir sama Setiausaha Agung ASEAN, TYT Dr. Kao Kim Hourn; Duta Besar Republik Filipina ke Malaysia, TYT Maria Angela Abrera Ponce; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato' Dr. Aji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Dr Shamsuri Abdullah; serta pengurusan tertinggi Kementerian. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 480
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 Disember 2025, 03:39:31.

logo-sirim