KPT, MOF Perkukuh Penyelarasan Agenda Pembangunan Pendidikan Tinggi

KPT, MOF Perkukuh Penyelarasan Agenda Pembangunan Pendidikan Tinggi

24 November 2026 | Putrajaya

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 17 November lalu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi membincangkan penyelarasan keperluan dan pelaksanaan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara.

Kunjungan hormat Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican itu berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Pertemuan tersebut menjadi ruang perbincangan antara kedua-dua Kementerian dalam menyelaras pelbagai perkara berkaitan pengurusan kewangan, peruntukan serta keperluan operasi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Kedua-dua Kementerian turut menyentuh kepentingan penyelarasan maklumat dan keperluan kewangan institusi bagi memastikan pengurusan peruntukan dapat dilaksanakan secara terancang dan berkesan.

Pertemuan ini mencerminkan hubungan kerjasama erat antara KPT dan MOF dalam memastikan keperluan sektor pendidikan tinggi diberikan perhatian selaras dengan keutamaan pembangunan negara.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan; Pengarah Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan, Dato’ Hajah Norison Ramli serta pegawai kanan kedua-dua Kementerian dan wakil daripada Majlis Bendahari Universiti Awam.

  • Last updated on .
  • Hits: 59
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 24 November 2026, 09:15:19.

logo-sirim